Saturday 6 March 2010

Perkahwinan Anak Encik Masnon di Taman Bakti Pada 6 Mac 2010

majlis perkahwinan anak encik Masnon Sahari yang bernama Murni telah berlangsung di Dewan Taman Bakti, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru pada tarikh 6 Mac 2010. Ramai yang datang termasuklah PKN Johor dan TPKN(Kastam).

Majlis telah bermula sejak jam 11.00 pagi dan selesai jam 4.00 petang. Antara yang datang ialah bekas kastam yang telah bersara seperti encik Khairi, encik Hedir Norman, Encik Yusof (Kak timah), Encik Yusof (Unta)

Thursday 25 February 2010

Majlis pernikahan anak encik Masnon di Taman Bakti


Anak encik masnon yang bernama murni itu akan bernikah pada esok 27.2.2010 bersamaan hari sabut. Jadi hari ini hari jumaat lepas jam 5.00 petang, warga taman bakti diharapkan dapat datang untuk bergotong royong bersihkan dewan dan surau.

Wednesday 27 January 2010

Bacaan Yaasin selepas solat maghrib sempena kemangkatan almarhum Sultan Iskandar Johor 23 Januari 2010.

Pada minggu yang lepas tuan haji basiron bin songip ada hantar sms mengatakan arahan dari pejabat SUK supaya Pengarah Kastam Negeri Johor mengarahkan imam membuat bacaan Yaasin di surau selepas solat maghrib.

Beikutan dengan itu, majlis diadakan sehingga seminggu. Walaupun tak ramai yang datang seperti malam Jumaat, namun beberapa orang lelaki yang datang sudah alhamdulillah lah tu. Lebih baik ada daripada tiada orng langsung.

Saya sebagai imam pun faham, tak semua orang rajin nak datang. alangkan malam jumaat nak datang surau untuk baca yaasin pun susah, inikan pula nak minta orang datang untuk baca Yaasin untuk almarhum sultan Johor, lagi dia orang ni malas.Mereka ini tak suka campur orang, yalah pada mulanya ada juga, lama-lama datang rongak dan sekarang dah tak datang langsung.

Macam alasanlah orang tak mau datang surau. Kalau nak buat pemilihan untuk mesyuarat agong, lagi susah nak datang kerana takut dipilih, sedangkan dia orang tak mahu libat apa-apa pun. Tapi kalau di pejabat, wah bukan main jaga kualiti itu, kualiti ini.Sanggup bersusah payah. Tapi nak ke surau susah benar.

Kalau program jamuan raya pun susah nak datang. Nak beri makan pun tak mahu. Kengkadang dia orang ni tak suka tegor menegor. Tak heranlah ada yang kita tak kenal, rupayanya tinggal se taman dengan kita. Sebab itu perlu pergi surau, bercampur gaul sesama muslim, tapi apa nak buat, dia orang tak suka berjemaah.........

Wednesday 9 December 2009

Kesalahan dalam solat

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

• Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdas arkan Al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4). Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

• Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103). Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

• Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43). Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

• Tidak thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

• Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

• Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.
Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

• Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

• Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim). "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebina saan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

• Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

• Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

• Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

• Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

• Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

• Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

• Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

• Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

• Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

Syarat menjadi Imam dan Makmum

Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.

ADAB-ADAB MAKMUM

1. Makmum hendaklah ke masjid atau surau seberapa segera dan sebaik-baiknya sebelum azan dikumandangkan. Maka dia akan banyak memperolehi pahala dalam menunggu, iktikaf dan solat sunat. Itulah yang dikatakan menunggu solat mendapatkan pahala seperti solat.
2. Segera berdiri apabila bilal mengucapkan iqamah dan memberikan makluman agar membentuk shaf. Hendaklah berusaha agar mendapatkan shaf pertama dan tempat utama kalau masih memungkinkan. Apabila shaf utama sudah penuh, hendaklah memenuhkan pula shaf berikutnya dengan memulakan dari bahagian tengah. Begitulah seterusnya sehingga tidak terbentuk suatu shaf baru, melainkan shaf dihadapannya sudah penuh dan rapat.

3. Hendaklah bertenang, memusatkan fikiran kepada Allah sementara menunggu imam mengangkat Takbiratul Ihram. Dalam keadaan seperti itu, sesetengah orang mengucapkan Ushalli�dan sebagainya untuk membantunya memusatkan fikiran sebelum memulakan solat tersebut.

4. Apabila imam telah selesai mengangkat Takbiratul Ihram, makmum hendaklah segera mengangkat Takbirratul Ihram juga agar mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama. Oleh itu bagi yang biasa membaca Ushalli� sebelum bertadbir, sebaiknya dibaca sebelum imam bertadbir atau bersama-sama imam. Hanya jangan mengangkat Takbiratul Ihram terlebih dahulu sebelum imam betul-betul telah selesai Takbirtaul Ihram. Jika telah selesai imam bertakbiratul Ihram, makmum baru membaca audzu�bismillah�dan ushalli�, maka sudah terlepas dari mendapat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama.

5. Hendaklah makmum merendahkan suaranya sekadar yang hanya didengari oleh dirinya sendiri agar tidak mengganggu jemaah yang lain. Sama ada ketika membaca Ushalli, doa, iftitah, fatihah, takbir intiqal dan lain-lain.

6. Hendaklah makmum mendengar bacaan imam seperti Fatihah dan surah. Dikehendaki pula agar makmum ikut membaca fatihah imam di dalam hatinya, untuk menambah kekusyu'an.

7. Makmum hendaklah mengerjakan ruku', iktidal, sujud, bangun dari sujud, duduk di antara dua sujud dan sebagainya setelah imam mengerjakannya. Contohnya jika imam hendak sujud, biarlah sujudnya sempurna iaitu dahi telah mencecah lantai, barulah makmum boleh bergerak. Demikian juga makmum hendaknya mengucapkan takbiratul ihram setelah imam mengucapkannya. Rasulullah s.a.w.memberikan amaran kepada makmum yang mendahului imam ketika mengangkat kepalanya dari sujud. Beliau bersabda ertinya: "Apakah tidak takut orang-orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, bahawa akan dipusing oleh Allah kepalanya menjadi kepala keldai?." (Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

8. Jika imam membuat kesalahan, hendaknya makmum menegurnya dengan bacaan tasbih "Subhanallah", jika makmum lelaki. Jika makmum perempuan dengan menepuk tangan seperti yang dibenarkan oleh syara'.

Selamat Datang Ke Blog Surau Al Haadi Taman Bakti Johor Bahru Johor


Sebenarnya sudah lama saya ingin membuat satu blog untuk surau al haadi taman bakti jalan tasek utara johor bahru, johor dan akhirnya saya berjaya melakukannya.

Dengan adanya blog surau alhaadi ini bolehlah kita mengetahui aktiviti yang dijalankan dalam tahun tertentu dan perkara-perkara keagamaan untuk kita hayati bersama.